Jumat, 28 November 2014

Barang tiruan

Mungkin judul diatas sudah mewakili ulasan saya yang kedua ini mengenai "apa sebab adanya kegiatan tiru-meniru? tidakkah teman semua tau,, bahwa Tuhan menciptakan manusia dengan ciri-ciri yang berbeda satu sama lain? Seperti perkataan salah satu dosen saya, beliau berpendapat bahwa didunia ini tidak ada yang 1, hanya Tuhan-lah yang satu, orang barat mampu menciptakan produk mutakhir namun pada nantinya akan ada orang lain yang mereka ulang produk tersebut entah menjadi produk bernilai guna ataukah tidak? Barang tiruan, saya pikir sebuah barang dimana berjati diri benda lain.
           Produk tiruan di Indonesia dikenal juga dengan istilah kwalitet (KW). Menurut Aprilins (2010) “barang KW” adalah sebuah barang yang diproduksi sebagai tiruan, replika, atau imitasi dari barang lain. “Barang KW” ini bukan hanya diproduksi sebagai tiruan atau replika merek terkenal saja, tetapi juga untuk semua merek. “Barang KW” diproduksi tanpa menggunakan hak merek yang bersangkutan, para produsen membuatnya dengan cara seperti meniru saja. Oleh karena itu secara sederhana dapat dikatakan bahwa “barang KW” adalah barang palsu. Tingkatan paling umum “barang KW” adalah “KW 1”, “KW 2”, dan “KW super”. Harga barang KW yang paling mahal dan memiliki kualitas mirip dengan aslinya adalah KW super.
            Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tiruan bermaksud hasil daripada meniru sesuatu yang tidak asli atau yang tidak jati seperti getah tiruan yang bukan asli. Selain itu, tiruan juga beerti perbuatan meniru dan hasil meniru iaitu benda bukan asli atau tulen, hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli. Pengguna menurut kamus dewan edisi kedua, pengguna beerti orang yang menggunakan sesuatu atau pengambil faedah daripada sesuatu benda. Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi yang terdiri daripada pelbagai barangan pengguna. Contohnya, ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik dan sebagainya. Kita mungkin sukar percaya bahawa ada barangan yang mungkin kita sering gunakan sebelum ini adalah  barang tiruan kerana rupanya tidak berbeza dengan barangan yang asli. Barang yang ditiru tidak semestinya barang berjenama yang mahal sahaja malah ada barang murah yang digunakan pengguna setiap hari turut menjadi mangsa  seperti panadol pernah ditiru, rokok juga ditiru. Terdapat banyak punca barangan ini terus dikeluarkan dan dijual. Langkah membanteras perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar, dan negara kerana kesan penghasilan dan perdagangan barangan tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.
         Menjual produk tiruan menjadi satu kesalahan.  Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM100 ribu  atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ironinya, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkinkah hukuman tersebut terlalu ringan berbanding dengan pulangan yang mereka peroleh sehinggakan kegiatan ini begitu sukar dibenteras di pasaran terbuka? Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi orang tertentu menyebabkan peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya tapak bazar larut malam atau lebih dikenali sebagai Down Town. Kegiatan menjual produk tiruan di pasaran terbuka membabitkan produk  berjenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli. Daripada aksesori, alat mekap, beg tangan wanita, baju jam tangan, minyak wangi sehinggalah kepada seluar jeans – semuanya dijual di pasaran terbuka cukup berleluasa. 
      Kembali kepada judul utama saya, mengapa terjadi barang tiruan, saya pikir ini semacam peng-intreprestasian seseorang terhadap suatu objek, dengan cara menciptakan benda yang hampir mendekati mirip barang sebelumnya. Sisi negatif dari peniruan barang sendiri saya pikir, akan menurunkan brand suatu produk dan bertujuan untuk mendongkrak popularitas sesuatu entah apakah orang ataukah benda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar